Wednesday, December 21, 2011

hujan air mata


Dear diary,

Sekarang aku dalam mood bersalah campur bingung.semua mende yang aku buat jadi tak kena,tidur tak bole,makan rasa lapar...opss,nak menambah lemak lagi ke.?kih3.tape,nanti diet.ya adoooo..

Hujan turun mencurah curah diluar jendela di bumi Kuantan yang bertuah (konon kononnyaaa).Baru je masuk umah ni,tadi mandi hujan dengan baju tidur.Memang tak senonoh punya anak dara tapi ikut saja kata hati.Demam selesema belakang cerita,yang penting hajat di hati tertunai..HAHA.best wohh lari lari dalam hujan pastu duduk dekat tempat air turun dari bumbung.Sumpah sunway lagoon pun kalah..;p.irham,si adik ku yang muncet pon join smpai dia kata ''dahlah Along,basah sangat ni,siput babi banyak, Iham takut..." dengan muka kesian..>.<"

Pernah tak terfikir yang kadang kadang kita tak dapat kawal apa yang ingin diluah?semua nak ikut perasaan,feeling sendiri sampai ada hati yang terluka. Setiap orang mesti nak jaga hati orang lain kan terutama yang disayangi tapi entahlah, kadang kadang apa yang kita fikir,apa yang kita rasa orang lain punya rasa bercanggah,berbeda, sampai bertelingkah. Bila sampai tahap bertelingkah tu lah, semua perkara negatif datang menerjah minda yang separuh sedar.Kepada dia, saya minta maaf awak, saya cakap ikut sedap hati sendiri selama ini, saya cuma nak awak tahu yang awak boleh memiliki yang terbaik,yang lebih sempurna,yang lebih segala galanya.Walaupun hakikatnya bukan mudah nak melepaskan kalau hati sudah kata ya,awaklah orangnya.Ok memira,nanak sedih sedih,nanti cepat tua,nanak botox2, nanti senyum nampak macam tengah meneran nak berak.haha


You are the best I ever have,no matter what.:)






ps: sorry diary,tak bermaksud nak jiwang,dem,xsangka si macho jadi jiwang..haha

Monday, December 12, 2011

entry tak bertajuk 1

Dear diary,

Serious susah betul nak pilih tajuk entry kan,kalau aku jadi pencipta lagu kat malaysia ni,alamatnya mmg hancusss lah tajuk2 lagu yang muncul kat HOtfm mahupun Flyfm..kemungkinan deejay radio pon nak tersembur rotijala yang depa makan kalau depa perlu cakap "mari kita dengarkan reramai lagu 'air mata air bersepai di persisir pantai teluk ketapang',erm,nak bes lagi 'Ku tunggu dudamu',erk,apesal familiar ntahhh..haha,tersedak irwan syah nanti kat rumah si janda yang ditunggu tunggu kat jekarta tu..ewahhh

Tacing gila kau irwang nak nanges bagai
ngan janda yang ditunggu itu,;p.tapi sweetttt la jugeeekkk.kui3
(pic courtesy of pacik google)

Diari,harini aku demam.dari semalam lagi.takdelah serious sangat tapi demam la kan,panas la kan(name pon demam,x yah nak bagitau bole dakkk?0.o")..sebab hujan tak berenti kat kuantan kot,ade tempat da naik air,harap harap tak banjir besar lagilah macam haritu,gila engkau air naik smpai bumbung,celah mana nak lari weihhhh,kesian kucing ke,baby ke,dorang mane bole selamatkan diri telefon talian nur ke,999 ke,maxis tak jual simcard kat mereka,sob3,apelahh maxis ni,kejammm,grr..tuan puan,kalau rumah da ade potensi naik air tu baik jual je,beli rumah baru kat atas gunung kinabalu..aha,suke ati kau je kan minah, macam semua orang ade duit macam macik rosmah,isteri pacik najib,=.='


OHMAIGAHHH,bes gilos umah atas bukit mcm ni!tapi mcm mane dia nak turun ekk? ahh,lantakkk,dah kau buat umah bukit sape sughoh,nak elak banjir sangatttt kononn.=.="
(pic from pacik google)


Hah,nak cite, time time sakit ni la kan aku baru tersedar perangai aku yang tersangatlah annoyingnya bila sakit..aku nak ada orang dengan aku weihhh,teman aku,layan aku bersembang,aku nak orang tu buat macam normal je,macam aku tak sakit..aku tahu ramai orang yang time sakit je,mesti nak rest,sorok sorang sorang dalam bilik tapi aku tak macam tu,time sakitlah paling aku nak orang-orang yang aku sayang dengan aku..smpai boleh meleleh air mate weihhh kalau sunyi ni,x macho langsung preeet preeet,okbai..sooo,aku bercadang nak ade anak ramai..hahah.kenapa???sebab bila aku tua nanti ade lah anak yang boleh teman aku kalau anak anak yang lain tu busy..kalau setakat anak sorang dua je kan,mcm membebankan orang pulak kan...habislah laki aku nanti dapat bini manje mangalahkan anak ayam..kihkihkih.


CIK MEMIRA = CIK ANAK AYAM (cute dohhhhh ayam,same la ngan aku yang cute gilaa,hikhik.#pelempang sedas)
(Pic from pacik google)

Hah,lagi satu kan,tyme aku sakit,aku akan jadi extra degil,huahua.memang tak lah kan nak makan ubat,nehi nehi.pastu mende yang orang tak bagi buat tulah aku akan buat..umi x bagi aku minum ais kalau demam aku boleh siap buat ice blended lagi tadi,umi x bagi mandi ujan,aku slambe redah ujan,umi tak..ehh,asyik umi je..tukar abah pulak lah..aha.em,abah tak bagi aku tidur lewat,tapi aku tidur lambat juga..ade batu kot dalam kepala aku ni,sebab tu jadi kepala batu,tapi orang kepala batu tu orang yang genius so ehem ehem,pepaham jelah yang aku ni genius orangnya,jangan dengkii.=oo=


Sincerely,

SI GENIUS yang sakit




Wednesday, December 7, 2011

Permulaan Berkajang Ceritera

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum and hye.

To start a journey,first step really does matter.rite?
To start a friendship,first impression really does matter.rite?
To start a blog,first awesome post really does matter.rite??

The question is, how awesome this first post will be?maybe not as awesome as me.!=..="(perasan nombor satu,kalah azwan haji ali.dem)

Ini blog kedua yang aku tulis.blog pertama dulu dibiarkan setahun tak berpenghuni..sebab yang paling berasas aku tak sambung blog dulu pastilah takut blog tak berpenghuni itu berpenunggu..haha.ok,tak lawak sungguh cik memira..terkadang ade satu saat dalam hidup yang pabila kita lihat balik masa lampau dan ingin sesetengah memori itu hilang..pofffff macam tu je dari ingatan,dari pandangan..lagipun blog tu bukan ade follower beriban pun smpai dapat duit naffnang juta juta lemon mcm si hamis jalika yang cun melecun itu, so aku kisah ape..;p

Biarkan ini jadi satu jalan baru
Jalan yang menyaksi senyumtawa air mata
Jalan yang akhirnya hanya pabila Izrail datang memanggil
Jalan yang beri ruang bersuara apa sahaja
Jalan yang bisa temani kala duka nestapa
Jalan yang buat hati jujur ikhlas kongsi cerita
Biarkan cerita hidup terlakar di jalan ini

Awesome tak first post ni?

aku tau tak.!sumpah tade idea.Dahla tibatiba puitis pulak minah ni,gilo ke apo,roh hantu sapo la ni yang menyerap masuk ke badan eden??haha

k,bye diari,nanti aku ade idea aku tulis.kihkihkih


Your Sincerely,




Cik Memira